CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 22, 2012

Adab berdoa.


Ketika berdoa kita harus memakai adab-adab. Di antara adab-adab ketika berdoa ialah:
  1. Berwudhu serta menutup aurat.
  2. Pusatkan hati dan fikiran kita kepada Allah swt.
  3. Berdoalah di tempat yang bersih.
  4. Mulai dengan memuji Allah swt, selawat dan pujian serta berdoa untuk kebaikan dan jangan berdoa untuk keburukan.
  5. Merendahkan suara.
  6. Jangan bersajak, lebih utama memilih doa-doa yang biasa diucapkan oleh Rasulullah saw dalam bahasa Arab.
  7. Kita harus yakin bahawa doa kita itu akan diterima oleh Allah swt dan diulangi doa-doa itu dua atau tiga kali.
  8. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguhnya kepada Allah swt.
  9. Diakhiri dengan membaca selawat kepada Nabi saw.

Terimalah Taubatku Ya Allah.



Assalamualaikum semua.

Sejak akhir-akhir ni Wani rasa tak sedap hati. Tiap-tiap hari Wani rasa benda yang sama dan tiap-tiap malam Wani susah nak tidur. Perasaan takut dalam diri Wani semakin menjadi-jadi. Secara jujur, Wani mengaku Wani memang takut gelap. Tapi, itu bukan masalahnya sekarang sebab dalam bilik ni masih ada cahaya. Wani selalu terfikir tentang mati, terfikir tentang semua dosa Wani dan banyak lagi berkaitan dengan kehidupan selepas mati. Bila duduk sorang2, Wani terus jadi sayu. Bila mati nanti, sorang2 jugak kan? 

Wani sejak akhir-akhir ni senang je nak nangis. Huhuhu. (T_T) . Wani selalu terfikir bila Wani nak berubah untuk menjadi seorang yang baik, yang tidak lalai dengan tanggungjawab Wani sebagai seorang pelajar,anak dan khalifah Allah.

Ya Allah, banyak nya dosa yang telah Wani lakukan. Wani takut Wani tak sempat untuk memohon taubat kepada Allah. Wani takut sangat tidak dapat menohon maaf kepada mak, abah, adik dan semua kawan-kawan Wani seandainya tiada lagi esok untuk Wani. Masih terbuka kah pintu taubat untuk diriku? Adakah Allah akan menerima taubat ku? Ya Allah, aku meminta dan memohon kepadaku......


Friday, September 21, 2012

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Assalamualaikum semua.
 Wani hanya nak promote buku ni pada kengkawan semua. Buku ini bagus dan sebagai persediaan awal untuk kita menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.. 

nak komen panjang pon tak boleh sebab Wani belum habis baca lagi. Wani sedang menghabiskan buku yang bertajuk "Dosa Menyekat Pintu Jodoh dan Cara Membukanya". Dah habis baca nanti wani bagi ulasan ya. ^-^

Birthday Emak

Assalamualaikum.. 

Lamanya tak online..Rindu pulak dekat Facebook,Twitter..hihi(yeker?).. Tak adalah sangat. Tengah serabut jadual tak kompem lagi..Baru semalam dapat jadual penuh..Yeaahh! Khamis takda kelas.. Horeeeyy!! tiap2 minggu boleh balik.. Urkkk...balik semua pada tajuk diatas.. 14 Oct ni birthday Emak.. masih terfikir hadiah apa yang nak diberi.. Ada cadangan tak??

Haaaa, sebenarnya Wani dah beli dah hadiah untuk Emak..Mak memang dah lama nak "benda" tu dah lama dah..Opsss,apakah?? biarlah rahsia ya.. :)

Thursday, September 13, 2012

Rindu Emak..

Assalamualaikum semua..

Hari ini, Wanie rasa rindu sangat dekat emak dan keluarga. Rasa keinginan nak balik ke Segamat memang tinggi. Semalam dah lah satu hari suntuk tak ada kelas. Tapi hari ini ada kelas, dari 230 sampai 430. Sedihnya. Kalau lah tak ada kelas semalam dah lama Wanie amik bas ke Kuantan. Nanti, abah boleh amik dekat Kuantan je. Lama sikit cuti. Dari hari Rabu sampailah hari Ahad. Ahad ni kan cuti. Tapi, disebabkan ada nya kelas petand tadi tak dapat lah nak balik. 

Emak!! Kakak rindu nak balik rumah. 

"Sakitrumah" yang amat dah ni. Padahal tak sampai seminggu lagi dekat rumah sewa ni. Hari Ahad lepas baru je sampai sini. Mesti ada yang cakap Wani ni anak manja kan? Yup, mengaku. Memang anak manja. Sebab adik beradik sikit. Waktu Wanie cuti semester, adik dekat U. Adik cuti, Wani pulak dekat U. Mesti bosan mak bila tak ada kitorang kan. Abah selalu keluar. 
My Dad And My Mum.
 p/s :Emak, tunggu kakak balik raya haji nanti ye. Love u!

Wednesday, September 12, 2012

cassie Me And You Lyrics.




Thanz for someone yang pernah dedicate lagu nie kt Wanie...Wanie syg awk!!!

I know them other guys, they been talking bout the way I do what I do
They heard I was good, they wanna see if it's true
They know you're the one I wanna give it to
I can see you want me too
Now, it's me and you

Hello dear, I'm back..

Assalamualaikum semua.. Rindu Wani? hihi.. Dah lama tak update blog.. Tak tahu lah kenapa.. Dah,dah..toksei sedih2.. Wani dah kembali la ni.. Urm.. Sejak akhir2 ni sibuk yang amat. huhu. Macam-macam perkara yang terjadi. Dan kadang-kadang semua itu buat Wani tak kuat untuk menghadapi hari esok. Tapi, Wani percaya, kalau kita ikhlas dan redha, InsyaAllah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik. Allah itu Maha penyayang. Jangan lupa au!! Ingat, Allah tidak akan menguji kita lebih dari apa yang kita mampu. Allah menguji kita sebagai tanda sayang Sang pencipta kepada hambanya. Allah tak nak kita terlalu leka dengan kehidupan sehingga kita melupakan dia. Lumrah manusia, bila susah bari kita ingat kepada Nya. (*peringatan untuk diri sendiri.)

Monday, July 2, 2012

My Exam

Hye..hye..hye... Salam... lama nya tak update blog..rindu..(Rindu ke??) hiii..mklumlah..Bz..Bz.... tmbah2 pula exam kan skrg nie...3 payyypeerrss lg.. wishhh me luck ok...hihi... ok..nie je nak update...