CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 3, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

BUAT PEDOMAN BERSAMA.


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....


dari ayat2 diatas..bbyk sgt pengajaran dan pedoman yang boleh kita perolehi..antaranya..

  1. jagalah hati dan perasaan orang lain. jangan sakiti hati seseorang kerana luka kesakitan itu tidak dapat dilupakan dan kesannya seumur hidup.
  2. janganlah kita memberi harapan yang banyak kepada seseorang itu jika kita tidak mampu menunaikan semua harapan itu. dari harapan itu timbullah sayang. Jika kita meninggalkan dia. Terluka hatinya. (senang cerita jangan bagi harapan langsung)
  3. hargailah apa yang kita ada sekarang dan jangan melepaskan kerana jika ianya hilang dan tidak dihargai..tidak mungkin kita akn mndapat ia sama seperti itu. dan terimalah ia apa adanya.
  4. sayangilah,hargailah dan terimalah seseorang itu kerana dirinya. sekalipun kecewa,maafkan itu lebih baik dari meninggalkan.
  5. terimalah dia kerana dia yang terbaik. jika kita menolaknya, tidak mungkin ianya boleh digunakan lagi.
  6. janganlah terlalu mengejar kesempurnaan. cukuplah sekadar yang kita miliki kerana ianya sudah cukup sempurna apabila seseorg itu kasih,hargai dan sayangi kita. jika tidak kita hargai, sesorang itu mungkin akan dimilikib oleh orang lain. hendak berpaling tiada gunanya.

lAw

Nie lah video tok presentation law kami...
Jauh tu ktrg wat asgment...dari Lendu hinggalah ke Bandar Melaka..
semata2 kan...saje je nak berjalan...
sambil tu..makan McD...
Act, video nie kombinasi dari 2 group..
Group Wanie and gak Group Ayie...
tercetus idea tok BeRgaBung sbb..tjuk yang ktrg dapat ada kaitan...
OFFER n Acceptance...
haaa..jadilah..BERGABUNG & MELETUP...
video nie amik masa dlm 2 mlm nak buat..
1 hari tu pergi amik gambar...n cari Scene yang terbaik...
malu gila..org2 kt DP tu da plik au pndg ktrg...
amik gmbo..berlakun...mimik muka...
ade yang siap tergelak...hiii..(lantak lah.yang pntg nak wat asgment)..
hhhaaaaaaaa..yang paling comeii..dak pakai baju kuning..
sempat lagi kan IZZATI HAZWANI beli shawl.. :))
dan..lagi 1 malam tuk edit video nie...
Credit tok Ayie sbb edit video nie..
n...tok semua pelakon2...
WANIE.FANA.NASZ,LINDA,PICHA,NANA,K.ELLY & QASYA(extra)..

Tuesday, August 2, 2011

Cinta Sekolah Rendah..

haha....cinta sekolah rendah..kelakar nya..bila kita sbut je..
haa...si Ali tu berkawan denagn Minah..
n kdg2 kite dgo dak kcik tu ckp:
"aku jtuh cinta la ngan dak hensem tu.."
"aku syg giler kt gurl aku.."
haiiishhh...btul2 cinta monyet di atas pokok lah..
budak2 umor 12 tahun ke bawah pndai dah ckp semua tu..
ishhh22..pada korg kn..dyorg tu faham ke apa itu cinta and sayang??
uuurr..mmg it is quite funny..n it was a reality today..
mybe we also had experienced with"cinta monyet"..
but..sometime cinta sekolah rendah nie boleh berkekalan cam la beberapa org kwan nie...

hahhahaha...bila aku igt balik zaman kula rendah aku...
pnuh suka duka..ceritera dongeng..mcm2 lah..kalau diigt balik..mmg non stop laughing la..
bodoh2 je kan time tu..
aku lah slh sorg yang exprience dlm CINTA MONYET tu..
n bla nak dikisah cinta monyet nie..
wat aku terpk...aiigooo...wat malu jerkk...
budak2 btul lah....e..lau tahu tak nak wat cmtu...urrrggghh..
Got blushing suddenly...

aku bkn ap tbe2 update blog psl nie...
jus terigt...
ade lah one day nie...ex classmate kula rendah...(tu jerk ke??)
who ever la org tu...tbe2 im...dok la cter2..
tbe2 si budak tu or kiter gelarkan wak tapir...(bkn aku bg nama..tp ckgu ak)
boleh plak ugkit ksh kula rendah...
time tu...malu..malu...malu...!!!
ishhh...sengal lah...apsal tbe2 ungkit...
aku da jd tak tntu arah...muka aku merah...ishh...jntg aku rasa nak terkluar..

"weiii..da lah..aku tak nak sbut ag ksh lama..wat malu jerk.."
"eleh...tak pelah...btul ap tu.."

waaaa...mak...den rasa cam nak seret mke kt jln tar...rabak muka..(seb bek aku sorg je kt ruang tamu)..
nak tahu ksh nyer?? haha...
biarlah dulu....rahsia aku n dia kalau dia masih igt!!
tapi...yang aku igt..mmg byk lah..da kelas pg n ptg dok sama jerk...
tmpt dok pon dkt2..haiiiyaaa...
yang pntg..ak n wak tapir nie...even tempat duduk dkt pon dlm kelas..dok under kelab yang sama..rumah sukan yang sama..jwtn atas bawah..aku n dia jrg amat bercakap..pndg muka pon..ntah ehh...pelik btul lahhh..
mmg la ehhh...nak berckp pon gne org lain...cam takde mulut jerk...tu lah bnde yang ak pling plik sekali..smpi la nie aku dok terpk ag..tapi..nak ugkit balik..uhh..mmg tak mo lah...
t next entry..Wanie cter details eh..huuhuuu..


Di sebalik...

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

Monday, August 1, 2011

luahan hati bernama perempuan

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.