Orang yang kita rasa terbaik untuk kita, kadang-kadang bukanlah jodoh kita. Ada lagi yang lebih baik dari si dia. MasyaAllah, jodoh itu rahsia Allah. Tidak kita ketahui dan tidak pula kita temui sehingga tiba masanya. Apa yang perlu kita lakukan, berdoalah dan bersabarlah. Janganlah berhenti mencari dan jangan pula hanya menanti. Jodoh itu tidak datang dengan sendiri, dan jodoh itu akan datang dengan sendiri. Sahabatku, teruskanlah beristikharah dan beristisyarah. Amin.
Sunday, June 23, 2013
Believe with Allah.

Segamat dah cuti.
Pengarah Pelajaran Negeri Johor mengarahkan 110 buah Sekolah Rendah & Menengah di Daerah Segamat bercuti pada esok hari berikutan IPU di Daerah Segamat berada pada tahap berbahaya ...
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di SEGAMAT 400...!!!
Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.

Agak2 exam UiTM akan ditangguhkan tak? Hope nya tidak la..
Saturday, June 22, 2013
ADAB-ADAB BERDOA
DOA adalah induk segala ibadah. Usaha dakwah yang dilakukan seseorang selama siang hari hanyalah 10% daripada keseluruhan usaha dakwah. Tetapi usaha pada malam hari iaitu berdoa adalah 90% akan diterima oleh Allah swt. Allah swt telah mengurniakan para Nabi dengan 2 hal iaitu dakwah dan doa. Doa terbahagi kepada 2 iaitu doa ijtima'i dan doa infiradi.
Doa-doa masnunah termasuk ke dalam doa infiradi. Yang dimaksudkan dengan doa masnunah adalah doa sehari-hari yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Doa-doa masnunah kita baca ketika akan melakukan sesuatu perbuatan. Dengan demikian kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Keutamaan membaca doa-doa masnunah:
1. Memperoleh naungan rahmat Allah swt.
2. Menjauhi maksiat.
3. Memperoleh keredhaan Allah swt.
4. Dijamin akan memperoleh hasil yang diharapkan kerana setiap doa itu dipelihara dengan baik di sisi
Allah swt. Adakalanya permohonan itu dipenuhi dengan cepat dan adakalanya disimpan untuk bekal di
akhirat.
5. Doa melindungi kita dari musibah.
6. Menolak bencana dan meringankan penderitaan.
7. Menjadi perisai untuk menolak bala.
8. Menolak tipu daya musuh-mush, menghilangkan kegundahan dan menghasilkan hajat serta
memudahkan kesukaran.
I'm Back
Assalamualaikum semua.
Waa, sekian lama Wani menyepi dari dunia blog, akhirnya Wani kembali.. Ada yang rindu tak? (aiciit, perasan je kan) hihi.. Maaflah, bukan sengaja menyepi, tapi terlalu banyak kekangan yang berlaku. Alhamdulillah, dikuatkan hati untuk kembali "berbeloging". In-Sya-Allah, perisian kali ini, Wani akan cuba memberi info yang bermanfaat dan berfaedah kepada kalian semua. Perisian yang lebih matang dan tidak kebudak-budakan. Bukan apa, umur da jejak 20++ kan. Terasa tua la. huuuu :(
#kawan2-Wani nak final exam dah ni. Wish me luck ok.
Jadual exam : 27/6, 7/6, 11/6, 14/6.
Tahun ni, memang terlalu banyak berkorban. Untuk berjaya mestilah kena berkorban kan. Puasa pertama di Universiti. Cuti semester praktikal. Tapi, chill la kan. Bukan selalu. Kan da final year ni. owhoho, tak sabar nak tunggu Jan 2014.
Saturday, September 22, 2012
Adab berdoa.
Ketika berdoa kita harus memakai adab-adab. Di antara adab-adab ketika berdoa ialah:
- Berwudhu serta menutup aurat.
- Pusatkan hati dan fikiran kita kepada Allah swt.
- Berdoalah di tempat yang bersih.
- Mulai dengan memuji Allah swt, selawat dan pujian serta berdoa untuk kebaikan dan jangan berdoa untuk keburukan.
- Merendahkan suara.
- Jangan bersajak, lebih utama memilih doa-doa yang biasa diucapkan oleh Rasulullah saw dalam bahasa Arab.
- Kita harus yakin bahawa doa kita itu akan diterima oleh Allah swt dan diulangi doa-doa itu dua atau tiga kali.
- Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguhnya kepada Allah swt.
- Diakhiri dengan membaca selawat kepada Nabi saw.
Subscribe to:
Posts (Atom)