CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 29, 2013

Masih belum terlewat.

JANGAN terkejut... Kerana ramai anak-anak muda yang pernah tergelincir melakukan kesilapan kerana desakan nafsu yang seketika.

Cantik-cantik lagi, tak kira yang bekerja mahupun di universiti, ada titik hitam yang dirinya sendiri tahu, berdosa 'ringan-ringan' yang pernah dilakukan, malah ada sehingga tahap berat

Jika kata-kata ini terkena dengan anda, percayalah Allah takdirkan anda membca tulisan ini untuk menyedarkan diri. Saya pun tak tahu kenapa saya tergerak untuk menulis, tetapi rasa terpanggil untuk mengatakan setiap dari kita ada kisah silam yang hitam, dan sekarang masanya kita putihkan!
...
Mulakan langkah pertama di bulan menuju Ramadhan yang mulia, kita benci kepada maksiat, berazam tinggalkan perkara yang menggerakkan kita ke arah itu, dan JANGAN BERHENTI MENANGIS MEMOHON TAUBAT DALAM DOA.

Semoga masa depan kita terpelihara kerana taubat kita hari ini.

 TULISAN : Aidil Sahipaludin

Thursday, June 27, 2013

Ikan Keli Halal Dan Haram.

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal





Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.


(COPYANDPASTE)

Hye Girls ! Penting ni.

Ingin membuat "Kempen kesedaran kesihatan wanita dan kanser"
Tahukah anda ?
pembunuh kanser yg pertama ialah kanser payudara.
ke-2 ialah kanser servik
ke-3 ialah kanser usus.
Kenapa ini terjadi ?.
30% berpunca drpd makanan dan cara hidup.
70% berpunca drpd tuala wanita itu sendiri.
tahukah anda tuala wanita itu diperbuat drpd kertas2 kitar semula?.
Akibat drpd bahan2 kimia yg dicampur aduk menghasilkan "DIOKSIN".
Tuala wanita byk daripada kertas buangan.
Ia nya boleh menyebabkan penyakit sakit puan timbul iaitu senggugut teruk,cyst,mandul,keputihan DLL.
Dahulu dtg bulan pakai kain..
tak da tuala wanita mcm sekarang.
Sy mempromosikan produk dari Avail Beauty iaitu Pad herba 100% kapas BUKAN KERTAS.
Kalau anda kurang percaya lagi dgn saya..

SILA BAKAR SEDIKIT "KAPAS" DI TUALA WANITA ANDA
DAN BAU ASAP NYA..
ADAKAH BAU KERTAS?. 

hubungi kami jika ingin ketahui lebih lanjut: 0177961363(wan)/0177906903(hazwani)
 
 
 
 
 
Kepada pembaca: fikirkanlah! Tidak salah berbelanja lebih untuk membeli sesuatu yang In Sya Allah dapat menjamin kesihatan kita serta mengelakkan dari penyakit yang berbahaya seperti kanser2 tersebut. Bukankah mengelak itu lebih bagus dari merawat?

Sunday, June 23, 2013

Believe with Allah.



Orang yang kita rasa terbaik untuk kita, kadang-kadang bukanlah jodoh kita. Ada lagi yang lebih baik dari si dia. MasyaAllah, jodoh itu rahsia Allah. Tidak kita ketahui dan tidak pula kita temui sehingga tiba masanya. Apa yang perlu kita lakukan, berdoalah dan bersabarlah. Janganlah berhenti mencari dan jangan pula hanya menanti. Jodoh itu tidak datang dengan sendiri, dan jodoh itu akan datang dengan sendiri. Sahabatku, teruskanlah beristikharah dan beristisyarah. Amin.

Segamat dah cuti.

Pengarah Pelajaran Negeri Johor mengarahkan 110 buah Sekolah Rendah & Menengah di Daerah Segamat bercuti pada esok hari berikutan IPU di Daerah Segamat berada pada tahap berbahaya ...

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di SEGAMAT 400...!!!
Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) di SEGAMAT 400...!!! 
Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.
 
Agak2 exam UiTM akan ditangguhkan tak? Hope nya tidak la..