CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 30, 2011

if u can remember it..

hye dear..
if u can remember it..i think u'll understand what i feel for this time...hurmmm..and it just not only when u remember it...but when u notice with all of it too...sorry..i don't have any bad attention or too disturbing your relation..

"when u love someone,dont close ur eye n heart to see his/her fault."

i just thinking about it when one day, i looked back our pic..

"why we must know each other? why the ending is not as what we want? it can be as what we want but someone or people jealous with us."
let u think it..why when we are date,there must have one num that we dont know will dstbing me??she know that we're together, but she still keep going to text and on the phone with u..
the one thing, on the our last date...at the morning i got the text from her sister...
her sister keep the blame on me...said that she run away from home and i should being responsible with it..her sister regret to giving back her phone to her..
i'm just trying all my best to protect our relation.yeah..at that time..i feel that..sorry,my fault..when that evening, we having our date..i talk about it and u quite..u introduce me to ur friend...hurmmm....k...when we are having triangle meeting(me,u n she)..she said to u..

"before this when i said i run away from house, u said that u're worried"

such a ____!!! WHEN I SAID k??? not when my sister??
i kompious babe!! why u cant realise that it just only a plan??? crazy!!!

that gurl said that, she will let u go and never to contact u back..but??
have she fulfill it?? "no need to being as a friend too"
damnnnn on it..she still contact u..invite u for having lunch and dinner...
heeii?? can u open ur eyes to thinking it???

then, have i doing any mistake with her?? is't need for she block me??
come on loh!!! or, u wish her to block me??
i'm always thinking..mistake?? mistake with her?? what?? owhhhh....

hahhhh...how could she get my num??
pilss la...why me?? why not the other classmate??
u as her brother?? peliisss....bie ayg..mmy ddy...

tired loh!! u think it back...
there is many think that should u notice..
it only only her mistake..but..u too!!!!


Tuesday, June 28, 2011

pensil & eraser

Pencil : You know,I'm really sorry.

Eraser : Sorry for what?You didn't do anything wrong!

Pencil : Well,every time when i make mistake,you will b there to erase my mistake. But,as time pass by,part of u r gone.

Eraser : You see,I'm made to do this. Even though i know one of these day I'll b gone,and u have to
replace me with another.I'm still happy to do this job.So don't b sad!It worries me!

Saturday, June 25, 2011

looser gila...

hurmm..tbe2 Wanie terigt kat satu kejadian nie..time tu Wanie p McD dengan Ayie,Nazrin,Ada n Angah..hee..dah bosan makan nasi kan masa tu... :) time tengah makan tu,ada la ternampak satu couple nie au..yang si ayie nie dok sibuk la tgk dyorg tu...then ayie pon mula lah berkata-kata..
"cuba korg tgk couple tu..pmpuan tu cantik..tp laki dia..dala .......,....... Ish...camne la die ley dpt kan..Aku yang sikit ada rupa nie..takda awek..bapak, looser gila ak.."

haiii...aku rasa cam menarik sgt ayat ayie tu..mmg lau kita perasaan dlm couple nie byk beza antara 1 sama lain...yup..cam ak n ex lah...huuu..almaklumlah..siapa aje ak nie.. :P

dalam hati aku,aku pon terasa cam gila looser ak nie.. Aku bukan nya nak perasan ke ap..aku bkn nya cantik or hot cam org lain..tp aku terasa looser gila bila aku tak dpt pertahankan cinta ak..huuu...org kata..jauh beza ak ngan dia...tp..nak buat cmne..pndgan mata lelaki berbeza dari kita...mgkin ada sbb lain knpe lelaki tu pilih org lain.. :0 Cam yang Adam ckp..biarlah...

kecantikan luaran hanyalah pinjaman sementara...kecantikan dalaman paling utama..biarpon ak tidaklah mempunyai kecantikan dalaman sebagaimana org lain punya...tapi aku berusaha untuk mendapatkan kecantikan dalaman yang mnjamin segalanya...

aku mintak maaf..aku tak kutuk or nak mnyentuh,menguris or menghina org..itu hanya apa yang terlintas kt hati aku..

30 perkara perempuan tak sempat beritahu lelaki.

  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
  8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Friday, June 24, 2011

:(

sakitnya mata ikan.. :(
makin besar..
huuu...

Thursday, June 23, 2011

oofff keejjjaaappp..

Mahu ke rumah Auntie loh..
ada urusan...
off sbntar ya!! nanti Wanie blik semula.. ;)

Rindu...


tup..tap..tip...
sedar tak sedar da nak masuk bulan 7 da skrg nie..
lg brpa hari je..huuu....
dan mksunya da hmpir 7 bulan Wanie tak jumpa dgn family ex Wanie..
serius..rindu sgt dkt mereka...
"embah,,adik ira,adik ijol,adik napi & semua la.."
dan da 7bulan jugak Wanie tak melawat kubur arwah mama...hurm...sedihnya...
terkilan pun ada..tapi apa yang mmpu Wanie buat sekarang??
Mama dan adik2 selalu tanya..bila nie nak turun sana??
Wanie sendiri tak tahu bila Wanie boleh pergi sana...
Wanie hanya mmpu menjawab..kalau akak ada rezeki..dan kalau akak da habis diploma nanti..
hurmmm..Wanie rindu nak hang out again dgn semua..
tu la last segalanya...Wanie boleh katakan ianya sebagai "last date that i'm enjoying with it."

Adik2..Kakak mintak maaf ya...kakak tak tahu bila kakak ley turun sana..Akak rindu sangat kat kalian... =(



ntah..

ak tak tahu ap slh ak kt kamu..
ak harap segalanya akn mnjd lbh baik..
serius amat terasa hati..
hurmm....mntak maaf lagi.. :)

Wednesday, June 22, 2011

:.: Kenyang kan Kamu!! :.:

Malam semalam kan Wanie keluar dengan classmate Wanie.. :)
kitorang p Soeul Garden..makan puas2..sbb dari pagi tak makan...
Mula2 Wanie tak nak ikot..sbb...Nasz tak dpt nak ikot..tiba2 Nasz demam..
tapi...yang lain tu pulak cakap KECIK ATI sangat kalau Wanie tak pergi...berbelah bahagi.. ;(
terpaksalah ikut..siap diorg tunggu depan uma lagi tu..Padan Muka!!
Kelakar sangat tau dengan diorg nie...aduhaii...






haaa..tu la pic y boleh Wanie Upload kan..heee...
haaa..time otw balik tu kan..dyowg tanya Wanie au..Wanie takut tak kuo ngan diorg..
Wanie balas..
"haruslah takut"
"ko tak caye ktrg ke?"
"aah..mmg pon..korg kan lelaki. alangkah dgn Bf n hubby pon tak ley nak caye sgt"

Sori ya..pape pon..have fun dgn korg.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Dia Milikku??

hye semua...
petang2 macam ni mmg ngantuk kan...
rasa mmg nak tidur pom..tapi...tak boleh...
azam baru kan..heeee...
Buhsan gila ptg nie...dan tiba2 Wanie bukak la music player..
Terkeluar la pulak lagu Dia Milikku...
hurmmm..terigt yang Wanie pernah dedicate lagu nie untuk Ex wanie...huuu...
apa kata kita hayati dulu lirik lagu nya..=)

"semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temankanku
sebaiknya tak mengganggu

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
kerana dia berikan aku petanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oohh
dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

kusarankan engkau mundur saja, ooo

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku"

k...korang..apa pendapat korang tentang lagu ni??
not bad lah kan..heeee...
pada Wanie lagu nie ada mksud tersendiri...but..today..someone yang Wanie believe that will take care of him was taking him from me...huuu...da byk kali Wanie try untuk pertahankan semua nya..tp...ini la endingnya...
Wanie yang undurkan diri....hurmm..sudahlah...yang lepas kita biarkan..Maak Wanie pon da psn kat wanie,,forget the past and jgn letak harapan lagi!!

p/s: td kawan Wanie cakap dia tak rasa Wanie akan kaple dgn org lain..yes..mybe!! huuu...
masih berharap lagikah????

Monday, June 20, 2011

Perfect two??

"Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two"


"You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)"

Mei baca "Developing Country"!!

“Developing country” is a term generally used to describe a nation with a low level of material well-being. Since no single definition of the term developing country is recognized internationally, the levels of development may vary widely within so-called developing countries. Some developing countries have high average standards of living. Developing countries are classified as low-income, middle-income, newly-industrialized, and oil-exporting.

The World Bank is an international institution that assists countries with financing and financial advice. The goal of the World Bank is to help developing countries devise economic development plans to build their infrastructure and economy in order to reduce poverty and improve living conditions for their citizens.

Characteristics:

  1. Low incomes

The lack of income and skills often affects the livelihood of the average citizen. There are generally areas where some people live comfortably. Large portions of the population, however, may lack water or electricity in their homes. Access to quality medical care may be limited.

2. Inadequate social services

Developing countries generally have inadequate social services programs, if they have them at all. It is common to find aid groups active in developing countries. Some of these are there to provide people with items, such as food, medicine, and education, which they would likely not have access to otherwise. Other aid groups work in developing nations to protect human rights, which are commonly violated

3. Poor health

Health is important and need to be care by the country. In developing country, the rate health of their citizens is at the lower level. This is because of lack of the professional staff. Other than that, money condition also influences the citizens for getting the medical treatment.

4. Limited education

Limited education is happen because of lack of teaching staff. The facilities also do not provide enough. This is because in the developing country, they are lack of professional people and causes to the limited education. The facilities also do not provide enough by having lack of fund and resources.

Example: Malaysia, Malawi

p/S: inilah hasil kerja last minit Wanie..pntnya.....tp..akhirnya siap juga..Nazrin n Fana pon da siapkan...tinggal nak submit esok....

Sunday, June 19, 2011

Abah&Ayah..Hepi Papa Day...

We had joy, we had fun
we had season in the sun
But the hills that we climbed
Were just seasons out of time
Goodbye Papa please pray for me
I was the black sheep of the family
You tried to teach me right from wrong
Too much wine and too much song
Wonder how I got along
Goodbye Papa it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Little children everywhere
When you see them, I'll be there




hye...this song is familiar with Father's Day..
n today is Father's Day...
waniw wanna wish it to En. Mohammad Ridzuan B Aris & En. Ayub B Yasir..
my lovely father...
ops...forgot!!!
Wanie have two dad...ABah & Ayah..
Happy Father's Day Abah & Ayah..
Wanie love both of u..

Jogging...hiyaaakkk!!

hehehe..Jogging??
iye ke Wanie jogging nie?? mesti tak percaya kan??
haha...btul tau nie...Serius Wanie jogging..
semput nya...aduuhaaaii..itulah..da lama tak jog kan...
padan muka...baru lari sikit da tak larat..
konon dulu berazam nak jog..heee(-_-")
anyway..Thanz for someone yang teman Wanie jog td..
sempat lagi tau..sampai uma sewa pukul 6lbh....
kejap je jog nyer..heee...baru permulaan kan semua..
da dapat 3 kali pusing...Wanie mntak stop..
tak larat...huuu...Sori ya!!!
heee...n again sori sbb buat org tu terkejut...
time tgh rehatkan badan depan uma..
tbe2 mata Wanie berair...
bukan apa..Wanie tbe2 rasa nak muntah...
Wanie tak tahu la knpa Wanie senang sangat nak muntah...
don't worry k.,..
Wanie gonna be fine..
heeeeeeeeeeeeeee....
len kali kita jogging lg ya..

Jangan buang...

Wanie bagi Abang baju..
tak pernah Wanie nampak Abang pakai..
bila Wanie tanya kenapa..
abang jawab.."sayang., t bruk pulak baju nya lau pakai"
Wanie bagi abang butang baju melayu..
abang hepi sgt..
sbb abang ckp..abang baru je nak cari..
tapi Wanie dah belikan..
tak pnh pulak nampak abang pkai..teringin...
Wanie bagi abang tie...
apa khabar agaknya tie tu eh??

simpan lah Abang selagi boleh..tp..
janji dengan Wanie...jangan buang semua tu.....
walaupun kita tidak lagi bersama...

Wednesday, June 15, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….



Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan tidak diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu...

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahajaAda juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.

Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..

Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tuesday, June 14, 2011

aduhai...

Salam..aduh..
peningnya..
minggu ni seakan2 tiada mod untuk study..
nak pergi kelas pon malas sangat..haissshhh...
^__^
hah..pastu..ada 1 kerja luar Uitm au..
kena p Local Government..
dak kelas Wanie da set up tarikh untuk pergi ke LG ..
tiba-tiba tadi....
classmate cakap mybe tarikh yang kitorang nak pergi LG tu Pn.Hayati nak buat kelas ganti..
aduhaiii..macammana ini???

Saturday, June 11, 2011

Perlu ini??

Hackers??
siapa agaknya eh?? plik btul..knpe nak hack2 org nie..
hurmm..Wanie tak tahu la siapa yang hack Wanie nie..
bkn stkt hack Wanie je..tp..siap hack 2 lg kwan Wanie..
sori sgt2 Fendi n Nazrin kecik...
Aku tak tahu apa motif org tu hack kita semua..
dia tak puas hati ngan ak..
n tok Eyra Naazira...sori jugak..
Akk tak tahu cmne nama Adik ley terbabit sekali..
Sori Again k semua...

my Soul..


Abah: Mohammad Ridzuan B Aris
D.0.B: 30041963
'pendiam,kelako,tegas..bila abah bukak mulut jek..akk n adik terus senyap'

Mak: Rosnah Binti Abdullah
D.o.B:14111971
'tegas,baik,penyayang..'
tapi bila mak bukak mulut..adik mesti cakap..
"adik tak kisah mak nak bising..bebelan mak tu da jadi macam irama lagu kat telinga adik"
hahahahahahaha..adik..owh adik..

Kakak: Sayalah...(tak perlu cakap pape ag)

Adik: Nur Saiful Hazwan
D.O.B:29031993
'adik akak nie..pendiam..kelako..suka cari gaduh..ssh sangat nak amik gambo'

Itulah keluarga Wanie..hanya kami berempat sahaja..


Tamaknya!!!

"wait2...kte ykin anep bkn n akq tu
cbbnye
ade owg laen yg lgi slalu dating n anep
tpi akq tu xtw
tpi kte xtw
mne stu
anep nk
heeeeeeee"

Tamaknya Abang..ishhh..apa nie..
Abang..jangan la susahkan diri abang lagi..
takkan Abang tak serik lagi dengan apa yang berlaku??
even Wanie tak tahu pon sape yang lagi sorang tu..
tapi..orang mntak sangat dengan Abang..jgn jadi tamak..
Wanie taknak apa-apa perkara buruk berlaku pada abang..
Tolong Abang..dengan Wanie dulu pon Abang tak tahu nak pilih siapa..
Wanie yang paksa abang suruh lepaskan....
Bila jadi cmnie..Apa Abang nak jwab??
Tolong Abang.......



Friday, June 10, 2011

kalau tak suka..pulangkan..


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!”

Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan……


Hargailah apa yang kita ada...Seandainya kita sudah tidak menginginkannya.. lepaskan lah ia..

Thursday, June 9, 2011

Madah Cinta Buatmu..


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.


Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.


Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.


Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


(dari: MUHAMMAD IZZUDDIN MOHD ZAN )