CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 19, 2011

cepat la sampai!

Aduhai...da kol brpa nie Wanie...on9 je tahu kan...study la..kan da nak final nie...huhu.. :(
mood lom smpai lagi lah,.cmne nie?? nak nagis pon ade.huuuaaaaaaaaaa!

Wednesday, September 14, 2011

Rumah Terbuka Hari Raya.

Assalamualaikum semua..Sekian lama Wanie tak mengupdate blog, hari ini wanie kembali..tapi hanya untuk seketika sahaja..Nak dijadikan cerita, pada minggu lepas, Wanie dan kwn2 iaitu kawan kelas dan rumah sewa sibuk pergi rumah terbuka..Pada hari Rabu bertarikh 7 Sept, Wanie dan kwn2 kelas pergi beraya ke rumah kawan kelas Wanie iaitu Nur Hafizah Abu Bakar..Rumah dia bertempat di Rembau, Negeri Sembilan.. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan pulang..Thanz Picha untuk Mee Sup..Terima jugak untuk keluarga Picha kerana menyambut kami dengan meriahnya..

Pada hari Jumaatnya pula, Wanie dan kawan2 serumah bergerak ke Muar pula. kenapa?? Rumah Terbuka kawan rumah Wanie iaitu Najwa Hishamuddin.. Perjalanan yang jauh dan mengembirakan..haha..byk btul bnda yang berlaku masa itu..haiyaaaaaaa...Thanz.. :)

Bertarikh  11 Sept,majlis Pra graduasi dan Sambutan hari raYa..haii..semua Raya-Raya-Raya kan... :) dan pada hari yang sama...Rumah terbuka classmate Wanie..Nur Farhana Bt Ab Ghani... :) sate_sate_sate..nyummm...habis sate kt rumah Ana ktrg keje kan..

haaaaaaa..ini yang menariknya.. Pada  13 Sept, Rumah sewa Wanie telah mengadakan rumah terbuka.. Alhamdulillah, tetamu tidak putus2 berkunjung. Hampir semua Batch DPA part 5 intake July-Nov 2009 hadir..meriah sgt..tak sia2 ktrg berpenat..terima kasih semua sbb sudi memenuhi jemputan kami.. :) dan untuk kawan serumah..terima kasih berpenat untuk menjayakan rumah terbuka kita..

Aku & Dia Dah Putus by Nur Faiqah Radzuwan


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

taken from:
http://jatuhbangunmiszcahye.blogspot.com

Eky, thanz sbb post entry nie kt aku..Aku hrgainya.. :)

Thursday, September 8, 2011

Ampuni Daku..

Ya Allah...aku ini hambamu yang lemah...tiada dayanya aku di sisi mu...aku meminta pertolongan,perlindungan dari Mu ya Allah...

Semoga Berbahagia Selamanya..

Salam semua...sekian lama menyepi..hari ini daku kembali untuk berbloging.. :) bukan apa...sibuk beraya dan broadband rosak..huhu...haaaaaa...kali ini entry ditujukan untuk Abg agkat ku...Syaiful Lizan Abd Halim..kenapa?? Abg Epul baru sahaja mendirikan masjid pada 21 Ramadhan 1432 yang lepas..Alhamdulillah,dengan sekali lafaz sahaja k.Nur sah menjadi miliknya..dan..disini..nak ucapkan...
 Untuk abg tersyg, Tahniah..Dan semoga kekal bahgia hingga ke akhir hayat..Amin... dan..byk la lagi... :)
haaaaaaaa...ni baru je nikah.. majlisnya InsyaAllah akan berlangsung pada bulan 12 nie..dan..jika diizinkan dan tiada aral melintang..Wanie dtg ke Kedahuntuk majlis nya..apa-apa pun..y wajib nya.iaitu pernikahannya sudah sempurna..Alhamdulillah..