CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 20, 2011

Cita-cita atau impian???

hai Wanie..pagi-pagi da berceloteh nampaknya..
hehehe...bukan apa..Wanie hepi dan semua keje rumah da siap..
tinggal masak je..sat lagi ya.barang-barang semua da siap dah tu..heee..

Kali ini,Wanie nak cakap pasal cita-cita atau impian..
Ehh..ada beza ke cita-cita dengan impian tu??
ada la..cita-cita dan impian adalah 2 perkataan yang berbeza..Bukan sahaja dari sebutan dan ejaan. Malah berbeza dari definisi juga..ok..ni Wanie btau eh apa maksud cita-cita dan impian.

Cita-Cita didefinisikan sebagai :
1. keinginan yang selalu hadir di hati; harapan
2. tujuan yang hendak dicapai atau dilaksanakan; hasrat
Dan impian pula sebagai:
1. sesuatu yang diangan-angankan; khayalan

Hah..nampak tak bezanya??

Semua orang mempunyai cita-cita dan impian..Menipu sangat-sangat kalau orang tu takda cita-cita dan impian. Walaupun tak banyak,msti ada sikit kan?? Alangkah kalau kita tanya budak kecil pon,mereka sendiri juga mempunyai cita-cita dan impian. Sebagai contoh, adik nak jadi apa besar nanti? Jawab adik,adik nak jadi doktor. Dan kadang-kadang kita boleh mendengar budak-budak berceloteh seperti "nanti bila adik da besar,adik nak ada rumah besar,kereta besar. Adik nak beli macam-macam." Itu impian namanya. Cita-cita nie bagus untuk masa depan kerana kita sudah mempunyai matlamat di masa hadapan dan berimpian atau berkhayal juga bagus kerana dari impian yang tercipta, tidak mustahil ianya boleh menjadi kenyataan.

Seperti Wanie sendiri, Wanie mempunyai cita-cita dan juga impian yang ingin Wanie capai dan realisasikan. Banyak sangat au cita-cita dan impian Wanie..Kalau dulu,cita-cita Wanie nak jadi Jururawat dan seterusnya sebagai pensyarah dalam bidang kejururawatan. Tapi,tak tercapai. Bukan apa,Wanie da dapat da panggilan kt hospital Pusrawi dan SPA. Wanie sendiri yang tolak. Lagipun masa itu, En.M tak menggalakkan Wanie untuk menjadi jururawat dan Wanie pon da masuk Uitm. Wanie rasa Wanie boleh bawa program yang Wanie amik. Alhamdulillah,setakat nie Wanie boleh lagi bawa semua subjek dan pointer Wanie tak pernah jatuh dr 3.15 kebawah. Harap ianya berkekalan.

Sekarang,apa pula ya cita-cita Wanie? ok..sekarang cita-cita Wanie ialah ingin melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap tertinggi sama ada master atau phD. Kalau boleh Wanie nak smbg belajar dkt luar negara. InsyaAllah..Kemudian,Wanie nak jadi macam Mama atau mungkin lebih dari Mama. kejap-kejap..nie cita-cita da bercampur impian tau..heeee..tak apalah..Wanie punya suka la nak taip apa. Doakan Wanie berjaya ya..Amiinnnnn..Amiiiiinnnn....apa-apa pon,cita-cita Wanie boleh berubah sebab Wanie melihat pada keputusan exam nanti. Lau Wanie da dpt keje dulu,mungkin Wanie keje dulu. Tengok jela nanti ya..haha..

Impian Wanie sama je macam awak semua. Nak ada rumah sendiri,nak ada kereta mewah,nak itu,nak ini dan macam-macam lah. Kalau diconteng dekat sini.sampai bila-bila tak habis tau..haha..tak payah la ya!! fikir sendiri ye sayang-sayang semua.. =)) Wanie akan cuba yang terbaik untuk merealisasikan impian Wanie yang logik dek akal ye..ahaha..

Penat la pulak taip panjang-panjang nie. Maklumlah,da lama bercuti dari buat assignment. Nak kena practise balik nie..cuti sem da nak habis.huahua.. heee...ok lah semua, ini dula ya Wanie dapat coretkan untuk semua. Doakan yang terbaik untuk wanie dan insyaAllah wanie akan mendoakan yang terbaik untuk kalian..Wasalam...

No comments:

Post a Comment