Assalamualaikum semua.
Sejak akhir-akhir ni Wani rasa tak sedap hati. Tiap-tiap hari Wani rasa benda yang sama dan tiap-tiap malam Wani susah nak tidur. Perasaan takut dalam diri Wani semakin menjadi-jadi. Secara jujur, Wani mengaku Wani memang takut gelap. Tapi, itu bukan masalahnya sekarang sebab dalam bilik ni masih ada cahaya. Wani selalu terfikir tentang mati, terfikir tentang semua dosa Wani dan banyak lagi berkaitan dengan kehidupan selepas mati. Bila duduk sorang2, Wani terus jadi sayu. Bila mati nanti, sorang2 jugak kan?
Wani sejak akhir-akhir ni senang je nak nangis. Huhuhu. (T_T) . Wani selalu terfikir bila Wani nak berubah untuk menjadi seorang yang baik, yang tidak lalai dengan tanggungjawab Wani sebagai seorang pelajar,anak dan khalifah Allah.
Ya Allah, banyak nya dosa yang telah Wani lakukan. Wani takut Wani tak sempat untuk memohon taubat kepada Allah. Wani takut sangat tidak dapat menohon maaf kepada mak, abah, adik dan semua kawan-kawan Wani seandainya tiada lagi esok untuk Wani. Masih terbuka kah pintu taubat untuk diriku? Adakah Allah akan menerima taubat ku? Ya Allah, aku meminta dan memohon kepadaku......
No comments:
Post a Comment