Wanie pelik la bila org ckp SHISHA tu tak bahaya..pada Wanie shisha nie bahaya jerk..lebih kurang je ngan rokok...murah mmg la murah Shisha tu..satu balang tu dalam RM10 n keatas..perisa mmg banyak time Wanie tgk tu..Wanie pnh tgk mmbe Wanie layan Shisha nie...uuuhhh..TAK SUKA ASAP!!!!!!! nie Wanie selitkan sikit pasal Shisha eh..BACAyer!!!
APA ITU SHISHA?
Shisha merujuk pada rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok dengan menggunakan hookah, juga dikenali 'gelembung Hubble' dan 'narghile'. Shisha adalah panggilaan dalam bahasa arab
Kalau di India panggil Hookah. Maksud dia “waterpipe”. Maksudnya dalam Bahasa Melayu paip air la kan? Prosesnya senang. Tembakau ditempatkan dalam mangkuk, yang di bahagian atas struktur paip.
Sebuah aluminium foil merangkumi mangkuk dan potongan-potongan arang kecil kemudian ditempatkan pada foil, yang menusuk menggunakan pin dengan lembut panas tembakau. kemudiannya disedut melalui satu pipe. So udara dari atas akan melalui arang panas tadi kemudian melalui tembakau dan terus masuk ke air yang kemudiannya asapnya terus dialirkan ke paip yang disedut menggunakan pipe tadi.
Perisa terdiri daripada vanilla, rose dan choclate pun ada.
SHISHA BERBAHAYA?
Ramai orang mungkin berpendapat bahawa merokok Shisha tidak berbahaya, para ahli perubatan mengatakan sebaliknya. Penghisap yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.Sebarang produk tembakau dalam bentuk apapun mengandungi nikotin dan nikotin yang adiktif. produk tembakau berbahaya kerana mengandungi bahan kimia yang beracun dan karsinogenik.
Orang mempercayai, asap akan ditapis oleh air. Namun ramai yang tidak tahu, nikotin tidak larut dalam air. Air hanya digunakkan sebagai gimik sahaja. satu sesi merokok Shisha menghasilkan asupan nikotin setara dengan lebih dari satu pak rokok. Ketika menghisap shisha, penghisap perlulah menghisap melalui satu pipe dan kemungkinan risiko dijangkiti penyakit TB atau hepatitis sangat tinggi kerana mengguna pipe yang sama.
SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM?
Soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
Soalan: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti.Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon.
so: untuk awak SAYANG...awk da jnji kan takmo layan SHISHA ag?? n nak try stop smoking..saya tgu yer!!!
No comments:
Post a Comment