BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....
dari ayat2 diatas..bbyk sgt pengajaran dan pedoman yang boleh kita perolehi..antaranya..
- jagalah hati dan perasaan orang lain. jangan sakiti hati seseorang kerana luka kesakitan itu tidak dapat dilupakan dan kesannya seumur hidup.
- janganlah kita memberi harapan yang banyak kepada seseorang itu jika kita tidak mampu menunaikan semua harapan itu. dari harapan itu timbullah sayang. Jika kita meninggalkan dia. Terluka hatinya. (senang cerita jangan bagi harapan langsung)
- hargailah apa yang kita ada sekarang dan jangan melepaskan kerana jika ianya hilang dan tidak dihargai..tidak mungkin kita akn mndapat ia sama seperti itu. dan terimalah ia apa adanya.
- sayangilah,hargailah dan terimalah seseorang itu kerana dirinya. sekalipun kecewa,maafkan itu lebih baik dari meninggalkan.
- terimalah dia kerana dia yang terbaik. jika kita menolaknya, tidak mungkin ianya boleh digunakan lagi.
- janganlah terlalu mengejar kesempurnaan. cukuplah sekadar yang kita miliki kerana ianya sudah cukup sempurna apabila seseorg itu kasih,hargai dan sayangi kita. jika tidak kita hargai, sesorang itu mungkin akan dimilikib oleh orang lain. hendak berpaling tiada gunanya.
byk pengajaran tersirat kat sini ..
ReplyDeletememaafkan dengan ikhlas lebih indah daripada terus memusuhi..:)
yup...cik bella...btul tu. :)
ReplyDeleteselalunyer org akan menghargai sesuatu biler mereka terasa kehilangan
ReplyDeleteselamat berpuasa dan salam perkenalan dari Marina
www.marinafazli.blogspot.com
tq.. :))
ReplyDeleteminta share ye...tq..sgt indah..nice:D
ReplyDelete